Majlis Perpisahan Cikgu Mazlan bin Udin dan Ambang Ramadhan telah diadakan pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010. Majlis ini didahulukan dengan Majlis Perpisahan Cikgu Mazlan bin Udin bermula seawal 8.00 pagi. Suasana sedih menyelubungi setiap warga sekolah sama ada murid-murid, rakan-rakan guru mahupun kakitangan sekolah. Terlalu banyak jasa beliau di SK Penchu selama berkhidmat kira-kira 8 tahun sehingga mengharumkan nama sekolah ke peringkat negeri. Sesungguhnya pertukaran beliau ke sekolah lain bagaikan kehilangan sesuatu yang amat berharga di SK Penchu.
Ucapan dari Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Kodiran
Ucapan perpisahan dari Cikgu Mazlan bin Udin
Persembahan multimedia khas untuk Cikgu Mazlan bin Udin
Sedih..murid-murid SK Penchu menitiskan air mata kerana perpisahan guru yang banyak berjasa kepada mereka.
Cikgu Mazlan menerima cederahati dari Guru Besar
Murid-murid bersalaman dengan Cikgu Mazlan
"Terima kasih cikgu..moga jumpa lagi.."
Majlis Ambang Ramadhan disambung sejurus majlis perpisahan selesai. Majlis bermula kira-kira jam 9.15 pagi. Majlis dilengkapkan dengan ceramah Ambang Ramadhan oleh Ustaz
Penceramah menyampaikan ceramah dengan penuh semangat.