Semakan tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat pada pautan ini.
Klik di sini untuk semakan.
Tahniah kepada yang berjaya. Rayuan boleh dibuat terus melalui sistem tersebut.
Wednesday, December 22, 2010
Sunday, December 19, 2010
Semakan Keputusan KRK / KAA / SMKA dan Sekolah Kawalan 2011
Semakan Keputusan KRK / KAA / SMKA dan Sekolah Kawalan 2011 boleh dibuat melalui online pada pautan ini.
Semak di sini
Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang gagal, sila buat rayuan di laman yang sama. Tarikh Akhir Rayuan: 24.12.2010
Semak di sini
Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang gagal, sila buat rayuan di laman yang sama. Tarikh Akhir Rayuan: 24.12.2010
Wednesday, November 17, 2010
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Penchu 2010 telah diadakan pada 11 November 2010 iaitu pada hari keputusan UPSR diumumkan. Majlis ini bertujuan memberi penganugerahan kepada para murid SK Penchu atas pencapaian cemerlang mereka di dalam akademik khususnya dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010 dan juga pencapaian cemerlang 5A dalam UPSR 2010.
Barisan Hadapan : Penerima Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009
Barisan kedua dan seterusnya adalah jemputan ibu bapa murid SK Penchu.
Tatkala Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Hj Kodiran mengumumkan keputusan UPSR 2010.
Tetamu VIP merangkap perasmi majlis, Tn Hj Jasni bin Nawi, Penyelia Kanan HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Muar
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Zikri bin Sabarudin, Muhammad Safwan bin Kamirul Ain, Nor Shasha Izaty binti Heri dan Noor Ashikin binti Ngali yang mendapat 5A dalam UPSR 2010.
Murid yang mendapat 5A dalam UPSR bergambar kenangan bersama Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Hj Kodiran, tuan perasmi Tn Hj Jasni bin Nawi dan juga Yang Dipertua PIBG SK Penchu, En Azman bin Hj Md Rasip
Wednesday, November 10, 2010
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat sekolah telah diadakan pada 22 Oktober 2010. Sambutan ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak (murid-murid) Sekolah Kebangsaan Penchu khususnya. Program ini didahului dengan acara sukaneka dimana berbagai-bagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan pada peringkat sekolah ini.
Selepas acara sukaneka, sambutan diteruskan lagi dengan jamuan sebelum acara pakaian beragam bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. Manakala pertandingan menyanyi karaoke lagu 60-an diadakan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.
Selepas acara sukaneka, sambutan diteruskan lagi dengan jamuan sebelum acara pakaian beragam bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. Manakala pertandingan menyanyi karaoke lagu 60-an diadakan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.
Monday, September 20, 2010
Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010
Selamat maju jaya kepada pelajar Tahun 6 SK Penchu. Moga kejayaan milik kalian. Amin..
Sunday, August 8, 2010
Majlis Perpisahan dan Ambang Ramadhan 6 Ogos 2010
Majlis Perpisahan Cikgu Mazlan bin Udin dan Ambang Ramadhan telah diadakan pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010. Majlis ini didahulukan dengan Majlis Perpisahan Cikgu Mazlan bin Udin bermula seawal 8.00 pagi. Suasana sedih menyelubungi setiap warga sekolah sama ada murid-murid, rakan-rakan guru mahupun kakitangan sekolah. Terlalu banyak jasa beliau di SK Penchu selama berkhidmat kira-kira 8 tahun sehingga mengharumkan nama sekolah ke peringkat negeri. Sesungguhnya pertukaran beliau ke sekolah lain bagaikan kehilangan sesuatu yang amat berharga di SK Penchu.
Murid-murid bersalaman dengan Cikgu Mazlan
Ucapan dari Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Kodiran
Ucapan perpisahan dari Cikgu Mazlan bin Udin
Persembahan multimedia khas untuk Cikgu Mazlan bin Udin
Sedih..murid-murid SK Penchu menitiskan air mata kerana perpisahan guru yang banyak berjasa kepada mereka.
Cikgu Mazlan menerima cederahati dari Guru Besar
Murid-murid bersalaman dengan Cikgu Mazlan
"Terima kasih cikgu..moga jumpa lagi.."
Majlis Ambang Ramadhan disambung sejurus majlis perpisahan selesai. Majlis bermula kira-kira jam 9.15 pagi. Majlis dilengkapkan dengan ceramah Ambang Ramadhan oleh Ustaz
Penceramah menyampaikan ceramah dengan penuh semangat.
Tuesday, July 13, 2010
Sambutan Hari Guru - 17 Mei 2010
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun ini telah diadakan seperti biasa bagi meraikan guru-guru sekolah ini yang banyak berjasa dalam memastikan murid-murid SK Penchu mencapai kecemerlangan.
Acara sukaneka yang diadakan pada sebelah pagi. Antaranya permainan galah panjang dan juga baling belon berair antara guru-guru dan murid.
Acara sukaneka yang diadakan pada sebelah pagi. Antaranya permainan galah panjang dan juga baling belon berair antara guru-guru dan murid.
Jamuan guru-guru yang disediakan secara potluck dan juga gotong-royong memasak.
Monday, July 12, 2010
Banjir Kecil di Makmal Komputer SK Penchu pada 25 Jun 2010
Banjir kecil ini hanya melibatkan kawasan sekitar Makmal Komputer SK Penchu yang juga dijadikan kelas Tahun 5. Air yang bertakung ini disebabkan oleh pembangunan blok 4 tingkat di hadapan makmal dimana longkang yang sepatutnya mengalirkan air telah tersumbat. Hujan lebat ini mengakibatkan air bertakung dan memasuki lantai makmal. Kelas komputer yang biasa dijalankan setiap hari Selasa hingga Khamis terpaksa ditangguh hampir dua minggu kerana soket pada lantai telah basah dan terpaksa menunggu hingga ianya kering sepenuhnya.
2 gambar ini diambil pada hari Rabu, 23 Jun 2010 ketika hujan lebat kira-kira jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Gambar-gambar dibawah pula diambil pada pagi hari Jumaat, 25 Jun 2010.
Pada hari tersebut juga telah dijalankan Hari Terbuka dimana ibu bapa dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak mereka disamping dapat berbincang masalah murid-murid di sekolah mahupun di rumah mereka sendiri.
Wednesday, May 12, 2010
Konvensyen Transformasi Jalur Lebar di Hotel Pelangi
Program yang dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet Daerah Muar dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Mei 2010 bertempat di Hotel Sri Pelangi, Muar.
Peserta-peserta dari Sekolah Kebangsaan Penchu yans terlibat adalah Pn Norkhuda bt Abd Wahab sebagai guru pengiring, bersama 3 orang murid tahun 6 iaitu Siti Aisyah binti Johar, Nani Izwani bt Mohd Anuar dan Nor Shasha Izaty bt Heri.
Peserta-peserta dari Sekolah Kebangsaan Penchu yans terlibat adalah Pn Norkhuda bt Abd Wahab sebagai guru pengiring, bersama 3 orang murid tahun 6 iaitu Siti Aisyah binti Johar, Nani Izwani bt Mohd Anuar dan Nor Shasha Izaty bt Heri.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



