Banjir kecil ini hanya melibatkan kawasan sekitar Makmal Komputer SK Penchu yang juga dijadikan kelas Tahun 5. Air yang bertakung ini disebabkan oleh pembangunan blok 4 tingkat di hadapan makmal dimana longkang yang sepatutnya mengalirkan air telah tersumbat. Hujan lebat ini mengakibatkan air bertakung dan memasuki lantai makmal. Kelas komputer yang biasa dijalankan setiap hari Selasa hingga Khamis terpaksa ditangguh hampir dua minggu kerana soket pada lantai telah basah dan terpaksa menunggu hingga ianya kering sepenuhnya.
2 gambar ini diambil pada hari Rabu, 23 Jun 2010 ketika hujan lebat kira-kira jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Gambar-gambar dibawah pula diambil pada pagi hari Jumaat, 25 Jun 2010.
Pada hari tersebut juga telah dijalankan Hari Terbuka dimana ibu bapa dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak mereka disamping dapat berbincang masalah murid-murid di sekolah mahupun di rumah mereka sendiri.