Wednesday, November 17, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Penchu 2010 telah diadakan pada 11 November 2010 iaitu pada hari keputusan UPSR diumumkan. Majlis ini bertujuan memberi penganugerahan kepada para murid SK Penchu atas pencapaian cemerlang mereka di dalam akademik khususnya dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010 dan juga pencapaian cemerlang 5A dalam UPSR 2010.

Barisan Hadapan : Penerima Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009
Barisan kedua dan seterusnya adalah jemputan ibu bapa murid SK Penchu. 


Tatkala Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Hj Kodiran mengumumkan keputusan UPSR 2010. 
 Tetamu VIP merangkap perasmi majlis, Tn Hj Jasni bin Nawi, Penyelia Kanan HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Muar
 


Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Zikri bin Sabarudin, Muhammad Safwan bin Kamirul Ain, Nor Shasha Izaty binti Heri dan Noor Ashikin binti Ngali yang mendapat 5A dalam UPSR 2010.



Murid yang mendapat 5A dalam UPSR bergambar kenangan bersama Guru Besar SK Penchu, En Osman bin Hj Kodiran, tuan perasmi Tn Hj Jasni bin Nawi dan juga Yang Dipertua PIBG SK Penchu, En Azman bin Hj Md Rasip

Wednesday, November 10, 2010

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat sekolah telah diadakan pada 22 Oktober 2010. Sambutan ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak (murid-murid) Sekolah Kebangsaan Penchu khususnya. Program ini didahului dengan acara sukaneka dimana berbagai-bagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan pada peringkat sekolah ini.





Selepas acara sukaneka, sambutan diteruskan lagi dengan jamuan sebelum acara pakaian beragam bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. Manakala pertandingan menyanyi karaoke lagu 60-an diadakan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.




HARI KANTIN SEKOLAH